Saya amat terpesona melihat aksi nelayan secara SOLO yang menggunakan perahu kecil(jenis katik) tanpa kuasa enjin hanya dengan berdayung membelah lautan yang maha luas.
Begitu lancar mereka meluncur,tidak ternampak pun riak wajah yang keletihan,dan...laju pulak tu!.
Saya lihat mereka berdayung nampak MUDAH saja...boleh ditiru...hakikatnya nampak saja mudah...!
.....Oh my God, bila saya mencubanya sendiri dengan perahu kecil milik mentuaku jadi tak tentu hala bearingnya!.....haluan perahu jadi macam ular bergerak...ke kiri ke kanan terpusing sana terpusing sini.
Mungkin itu sebabnya saya rasakan lebih senang berdayung dengan cara "dayung-berhenti-kemudi".
Cara begini walaupun mudah tapi kurang efisien jika ingin bergerak dengan lebih laju.
Mengikut video di bawah ni, kaedah "dayung-berhenti-kemudi" ini dipanggil "Power-pause-steer".Kita sebenarnya membazirkan banyak tenaga dengan cara berdayung yang biasa sebegini...
Jadi,apa pula kaedah berdayung yang lebih efisien?Kaedahnya dipanggil 'power-steer',fuh nama dia pun dah power dah...
Caranya?...ketika 'dayung dibenam ke dalam air,iaitu ketika daya tujahan ke depan ingin dihasilkan,pada masa yang sama bilah pendayung hendaklah dikuis pada sudut tertentu supaya gerakan bilah dayung dalam air berbentuk eklips separuh bulatan.Bilah dayung difungsikan ibarat bilah-bilah pada roda basikal air.
Wow!Apa aku cakap ni?Pening jugak sebenarnya semasa saya berusaha menerangkan dinamik dayungan ni dalam bentuk teks!.Tak dapek den nok mengeksplennyo...
Lihat video bawah ni untuk lebih jelas.
Beberapa 'skill' yang ditayangkan...
power-pause-steer : yang selama ini saya gunakan
power-steer : cara yang lebih efisien
box-stroke : ini mau dicuba ni...
side-slip towards paddle side : teknik ni sesuai ketika mencari ketam bakau untuk checking ada ketam atau tidak dalam bubu
side-slip away : berlawanan fungsi yang atas ler...
Beberapa rutin latihan yang diselitkan dalam video di atas juga begitu menarik,macam gimrama la pula,tapi mereka bercanoe bukannya berenang.Wah..Hebat,hebat....best.
Melayan video orang putih ni mempamerkan skill berdayung ala Kanada,tak disangka orang putih tu juga mampu memetik gitar mengalunkan melodi yang mengasyikkan.Nikmat berperahu seolah-olah beliau ceritakan dalam keharmonian bunyi string gitar yang terhasil.
Romancing the canoe....begitu tajuk diberi....
Layanz...
Laporan oleh Kirung-kirung Trip berlangsung pada 13 - 15 Jun yang lepas...Laporan lambat sikit keluar disebabkan kesibukan bekerja dan lain lain masalah..
Trip berlangsung selama 3 hari 2 malam di perairan KK. Trip kali ini tidak mensasarkan sebarang sasaran,, apa yg ada itu la yang dipancing...uhuhu..Khidmat tekong saidi digunakan pada kali ini..
Biarlah gambar menceritakan semuanya...
Gambar ahli ahli pancing IKBN
Pemancing - pemancing sedang berusaha.. Dan Hasil-hasilnya..
Pancingan bottom dan jigging digunakan..umpan sotong segar dan basung pasar digunakan..hehehe
Akhir kata dari Kirung-kirung....
"Laporan dibuat bagi pihak kawan kawan saya..ihihi..saya tidak mengikuti trip mereka kali ini..hihihi..jd laporan pun mesti ada kureng la sikit..:)..kesilapan bahasa harap dimaafkan..hehehe"...
" haruan 1.90 kg... port biasa saya" ,tulis Ming.Selesai sesi posing, beliau pun melepaskan semula snakehead tu.
C&R.... "ni pula jalak di home town saya... member saya ni yang dapat... ah fei dengan jalak 1 kg ++", katanya merujuk kepada kawannya yang berada di Kota Belud.