03 July 2008

Skill berdayung stail Kanada

Saya amat terpesona melihat aksi nelayan secara SOLO yang menggunakan perahu kecil(jenis katik) tanpa kuasa enjin hanya dengan berdayung membelah lautan yang maha luas. Begitu lancar mereka meluncur,tidak ternampak pun riak wajah yang keletihan,dan...laju pulak tu!. Saya lihat mereka berdayung nampak MUDAH saja...boleh ditiru...hakikatnya nampak saja mudah...! .....Oh my God, bila saya mencubanya sendiri dengan perahu kecil milik mentuaku jadi tak tentu hala bearingnya!.....haluan perahu jadi macam ular bergerak...ke kiri ke kanan terpusing sana terpusing sini. Mungkin itu sebabnya saya rasakan lebih senang berdayung dengan cara "dayung-berhenti-kemudi". Cara begini walaupun mudah tapi kurang efisien jika ingin bergerak dengan lebih laju. Mengikut video di bawah ni, kaedah "dayung-berhenti-kemudi" ini dipanggil "Power-pause-steer".Kita sebenarnya membazirkan banyak tenaga dengan cara berdayung yang biasa sebegini... Jadi,apa pula kaedah berdayung yang lebih efisien?Kaedahnya dipanggil 'power-steer',fuh nama dia pun dah power dah...

Caranya?...ketika 'dayung dibenam ke dalam air,iaitu ketika daya tujahan ke depan ingin dihasilkan,pada masa yang sama bilah pendayung hendaklah dikuis pada sudut tertentu supaya gerakan bilah dayung dalam air berbentuk eklips separuh bulatan.Bilah dayung difungsikan ibarat bilah-bilah pada roda basikal air.
Wow!Apa aku cakap ni?Pening jugak sebenarnya semasa saya berusaha menerangkan dinamik dayungan ni dalam bentuk teks!.Tak dapek den nok mengeksplennyo...
Lihat video bawah ni untuk lebih jelas.
Beberapa 'skill' yang ditayangkan... power-pause-steer : yang selama ini saya gunakan power-steer : cara yang lebih efisien box-stroke : ini mau dicuba ni... side-slip towards paddle side : teknik ni sesuai ketika mencari ketam bakau untuk checking ada ketam atau tidak dalam bubu side-slip away : berlawanan fungsi yang atas ler... Beberapa rutin latihan yang diselitkan dalam video di atas juga begitu menarik,macam gimrama la pula,tapi mereka bercanoe bukannya berenang.Wah..Hebat,hebat....best. Melayan video orang putih ni mempamerkan skill berdayung ala Kanada,tak disangka orang putih tu juga mampu memetik gitar mengalunkan melodi yang mengasyikkan.Nikmat berperahu seolah-olah beliau ceritakan dalam keharmonian bunyi string gitar yang terhasil. Romancing the canoe....begitu tajuk diberi.... Layanz...

Read More...

02 July 2008

Trip Sukaria IKBN ke Dolphin Bank (KK)

Laporan oleh Kirung-kirung
Trip berlangsung pada 13 - 15 Jun yang lepas...Laporan lambat sikit keluar disebabkan kesibukan bekerja dan lain lain masalah..

Trip berlangsung selama 3 hari 2 malam di perairan KK. Trip kali ini tidak mensasarkan sebarang sasaran,, apa yg ada itu la yang dipancing...uhuhu..Khidmat tekong saidi digunakan pada kali ini..

Biarlah gambar menceritakan semuanya...

Gambar ahli ahli pancing IKBN




Pemancing - pemancing sedang berusaha..
Dan Hasil-hasilnya..






Pancingan bottom dan jigging digunakan..umpan sotong segar dan basung pasar digunakan..hehehe
Akhir kata dari Kirung-kirung....
"Laporan dibuat bagi pihak kawan kawan saya..ihihi..saya tidak mengikuti trip mereka kali ini..hihihi..jd laporan pun mesti ada kureng la sikit..:)..kesilapan bahasa harap dimaafkan..hehehe"...

Read More...

Jalak ming2elly finale poison for June

Aksi SWATian dari Kota Marudu...
" haruan 1.90 kg... port biasa saya" ,tulis Ming.Selesai sesi posing, beliau pun melepaskan semula snakehead tu.

C&R....
"ni pula jalak di home town saya... member saya ni yang dapat... ah fei dengan jalak 1 kg ++", katanya merujuk kepada kawannya yang berada di Kota Belud.

Read More...

30 June 2008

Jadual Pasang-surut Bulan Julai Perairan KK

Trend bulan Julai menyaksikan paras air lebih dalam pada kebanyakan siang hari dan surut pada kebanyakan malam.Selamat memancing.

Read More...

Hasil pancingan jadi rebutan warga Putatan

Ikan-ikan segar tanpa bahan pengawet didatangkan khas dari Takat Jepun yang terletak pada bearing 360 dari Port KK habis disapu pelanggan dalam 2 jam sahaja.Anggaran nilai urusniaga yang melibatkan hasil pancingan laut dalam sahaja sekitar RM3000.00.Spesies seperti keratang, aji-aj, kerisi bali, lausu, tenggiri dan pisang-pisang menjadi tumpuan semua pelanggan yang majoritinya merupakan warga Putatan.
Dengan harga minyak yang tinggi,kos untuk melayan spesies laut lepas pasti membuatkan si pemancing berfikir 2-3 kali bagi merealisasikan anganan suatu pertarungan yang tepu debaran.Namun jika sukses,segala pengorbanan,pelaburan dan pertaruhan pasti berbaloi dan tidak sesia.
Saudara Awang Ibrahim dan kawan-kawannya masing-masing meraih ratusan ringgit, sudah pasti modal dapat tercover,lebihan kepala agung sudah tentunya bakal dijadikan suntikan untuk trip akan datang.Lihat jadual trip di bawah posting ini.













Trip akan datang.
Hubungi saudara matnelayan 0198806994,segera sebelum terlambat.

1. 1-2/07/2008 Kapal Abang Ghani-Takat Serjali
2. 4-7/07/2008 Kapal Abang Ghani-Mantanani
3. 18-20/07/2008 Kapal Jack-TAkat Serjali

Read More...

Badushunter of Beringgis and Bandau

Ipen, now it seems that he never get any more 'kumpau'. "dekau jo pen tekole' ku",he said in Bajau which translates 'only one I managed to catch'.


Meanwhile, somewhere in Kota Marudu, our fellow angler named Ming also got some catches to report.Armed with BERKLEY POWERBAIT soft plastic 3" gulp,he showed to us his ability to trick those snakeheads.


Catch and release!

Read More...

26 June 2008

Fishfinder terbaru dari Humminbird

Oh...ikan mana mau tapuk haaa? (tapuk=sembunyi)
Kesukaran mengenalpasti struktur dasar menggunakan fishfinder tradisional kini boleh diatasi dengan teknologi terbaru dari Humminbird.

Dengan fishfinder yang ada sekarang,silap-silap telimpas itu takat.Susahlah mo pok.







Unit Imbasan Sisi Humminbird
Spesifikasi :
-Menggunakan fungsi imbasan sisi - mampu mengimbas sehingga 150 kaki dari tepi bot
-Menggunakan fungsi imbasan bawah - sehingga 1500 kaki (3000 kaki dengan transducer tambahan)

Kelebihan berbanding fishfinder tradisional
-mengimbas ikan,kontur,struktur sehingga 240 kaki dari kedua-dua bahagian tepi bot

Imej paus humpback yang diambil oleh seorang pemancing dari Alaska

Imej kapal layar yang karam di sebuah teluk


Berapalah harganya tukar duit Malaysia?
Web rasmi : Humminbird

Read More...

Thomas Stroker rod in K.K

JD ARTAC is the specialist in Fishing tackles with over 40 years of freshwater and deep sea angling experience. Giving personal attention and professional advice to all anglers is Mr. Thomas Lee, the founder of JD ARTAC who fished widely in seas of Asean countries.

The true facts are numerous landings of personal records of Marlin over 200 lb, Sailfish over 100 lb, Yellowfin over 180 lb, Sharks over 440 lb and many other smaller predators like Barracuda, Wahoo, Spanish Mackerel and Dorado all over 60 lb

Official Site : www.jdartac.com

For anglers in KK or Sabah who wish to own this superb fishing rod,be the first to contact Mr. Wan Ruslim Ismail.

Further details :
Agent name : Mr. Wan Ruslim Ismail
Nick at Malaysian Fishing Forum : bwan
Address : Taman Orked, Kota Kinabalu
Contact number : 019-8516009
e-mail: ruslim@streamyx.com

Below: Some photos at bwan's party after he won 2nd place at Labuan IGFA Big Game Fishing Tournament 2008

Thomas Stroker rods for sale

Read More...

Jalak enggan mogok saat Sabahan kecoh mogok palsu

Seawal jam 1.00 tengahari yang membakar kulit...kereta besar, kecik, panjang, lebar, baru, bertagar, mimik depan, motosikal, bas, malahan yang naik basikal membawa gelen dilihat mula berbaris di stesen-stesen minyak untuk mendapatkan minyak sebelum kunun-kununnya bermula esok 25hb Jun 2008 STESEN MINYAK MOGOK ENGGAN JUAL MINYAK....

Ada yang kata 2 hari, ada yang kata 2 minggu bahkan ada yang sampai mau bertumbuk mempertahankan jumlah hari mogok adalah 20 hari.Sedihlah kalau betul macam tu...

....[perbualan telefon suami-isteri semasa sedang kecoh]
Si bininya : Yang...yang...ko di mana?...semua urang klangkabut beli minyak suda ni...pigi la beli cepat...sekarang!...bisuk derang stesen minyak tia jual...mogok durang

Si lakinya : Ahhh...Tiada tu...tiada...itu khabar angin saja tu...tapi kalau betul tutup,baguslah tu...cuti kita...tia payah datang kerja...abis kereta tiada minyak mau isi

Si bininya : iiiih,bah...itu saja...teda kredit suda ni...bye...tut..kiok...

Peristiwa amaran tsunami palsu yang pernah menggemparkan rakyat Sabah suatu ketika dulu nampaknya sudah dilupai....

..tidak menghairankan ketika itu tsunami dahsyat baru sahaja berlaku,sebab siapalah yang tidak takut mati kan..

..tapi dalam hal minyak pun sama kesannya...bila naik harga minyak...kita terbayang...akan mati juga...walau mungkin tidak serta merta tapi secara perlahan-lahan....aduh...belum mati jasad dah mati akal.

Tapi rupa-rupanya dalam keributan tersebut, anggota SWAT yang bernickname ming2elly sempat mencuri peluang mencipta rekod baru dalam arena Jalaknya.

Beraksi di tempat sendiri Kota Marudu,beliau berhasil menempa rekod peribadi beliau yang baru, 1.75 kg!



Ops, bukan satu saja,ada yang kedua....1.3 kg...


Ming adalah bekas anak murid sifu bwan semasa beliau di SMK Arshad satu ketika dulu.Sekarang sudah bekerja dan merupakan rakan secompany dengan Jeraganz.
Ipen_squid yang semakin menjadi dengan jalak-jalaknya mendapat bimbingan dari ming yang suka berkongsi ilmu...

Syabas ming.Nasib baiklah jalak tu enggan MOGOK.

Read More...

25 June 2008

Sang Dracula tunjuk ketangkasan

Siakap merah atau mangrove jack terkenal dengan sambaran kilat,mampu mengarankan si pemancing yang tidak ready.

Spesies ini mampu membesar sehingga 1kg dalam masa 9 bulan pertama tapi tumbesarannya perlahan selepas itu.

Hobinya memang suka melarikan umpan ke celah reba.Pemancing perlu bersedia menghadapi kes sangkut ataupun rabut.

Pemangsa ini juga lazimnya tidak cerewet dengan umpan yang dihidangkan tidak kira hidup mahupun mati.

Yang pernah menumpaskannya pasti tahu kelazatan isinya dan harganya jika masih hidup menjangkau Rm18.00 sekilo.

Barisan giginya yang tajam membuatkan komuniti Bajau Sabah menggelarnya 'Pengeket' yang bermaksud 'penggigit'.









Read More...

Update tempahan baju

Senarai individu/orang perorangan yang telah membuat tempahan :

1)ipen
lengan panjang + hood
saiz M

2)dewagila
Lengan Panjang + Hood
sais M or L

3)paduka
2 helai lengan panjang + hood
saiz XXXXL (4XL)

4)volvos
legan panjang + hood
sais XXL

5)ming2elly
lengan pendek
L

6)monumar
lengan panjang+hood
L

7)Tombiruo
lengan panjang + hood ( 1 helai )
Saiz : L

8)Burned Steel
Lengan Pendek
saiz
M

9)dinsteel
lengan pendek
size XXL 2 pasang

10)adi rexton 2
lengan pendek 1
lengan panjang + hood 1
size xxxl

11)kacikuci
Design : Short sleeve 1 helai
Saiz : XXL

kacikuci
Design : Long sleeve + hood 1 helai
Saiz : XXL

12)Nick pada baju:ley
Saiz:xxL
Bil:1
lengan panjang+hood


13)bedukang
Saiz:xxL
Bil:1
lengan pendek

14)nick:sapporo
saiz:L
jenis:lengan pendek
bil:1

15)nick:comel
saiz:XL
jenis:Lengan pendek
bil:1

16)nick : Azmer
saiz: XL
Jenis: Lengan pendek 1 helai,
Lengan panjang 1 helai

17)nick : antoy
saiz : XXL
lengan pendek tanpa hood

Read More...

24 June 2008

Obor-obor ada mata !


Photo by Anders Garm

Saya ada tertonton dalam Discovery Channel tempoh hari pasal Jellyfish atau obor-obor.Selama ini saya sangkakan makhluk ni tidak mempunyai mata.Salah!.Penemuan terbaru mengesahkan obor-obor memang ada mata.Malah spesies seperti yang di atas ini mempunyai 24 biji mata.
Dalam TV Discovery tersebut, satu experimen dijalankan di mana sebatang rod di letak dalam sebuah akuarium bersama-sama dengan obor-obor.Bila diletak rod berwarna putih,obor-obor tersebut segera menerkam objek tersebut,disangkanya isi ikan.Bila rod berwarna hitam pula,obor-obor itu seolah-olah tidak mempedulikannya langsung dan berbeza pula bila rod berwarna merah,dengan riaksi seolah-olah terancam,obor-obor itu menjauhkan dirinya sejauh yang boleh.Jadi awas ya, jika terserempak dengan obor-obor.Yang berbadan hitam okayla...yang badan putih ni haa...silap haribulan kena buru oleh si agar-agar ni.Be careful.Extra precautious please dealing with this deadly sea creature...

Artikel dari Discovery
Box Jellyfish's Many Eyes See Contrast
By Claudine Ryan, ABC Science Online

Box jellyfish might have 24 eyes but new research says they only use a few of them to avoid collisions.

Researchers say an Australian box jellyfish Chiropsella bronzie uses these eyes to help navigate around the seabed by detecting contrasts in light intensity.

Anders Garm, from Lund University in Sweden, compared the jellyfish with another box jellyfish, Tripedalia cystophora, a native of Caribbean waters.

The research, presented at the Society of Experimental Biology's conference in Glasgow at the weekend, found that T. cystophora is better at avoiding obstacles than its Australian relative, a good thing given the Puerto Rican's mangrove habitat has more snags.

Each jellyfish has two sets of camera-type eyes with fish-like lenses, called the upper and lower lens eyes.

The researchers say the lower lenses help them avoid obstacles, after observing the animals didn't respond to objects above the water's surface.

They say the lower lenses can pick up changes in light intensity, and the greater this so-called intensity contrast, the better the jellyfish is at avoiding objects.

"Contrast is important because without contrast the object cannot be detected by any eye," Garm said. "Obstacle avoidance is governed by intensity contrast which fits with our other data which strongly suggest that the jellyfish are, in fact, colour blind."

C. bronzie is the less-harmful relative of the deadly Australian box jellyfish Chironex fleckeri.

Jamie Seymour, director of the Tropical Australian Stinger Research Unit at James Cook University in Queensland, said when the sun goes down the box jellyfish stop operating.

"For T. cystophora once the sun disappears or the light shaft disappears the animal sinks to the bottom, for C. bronzie we're not too sure and for C. fleckeri the data suggests that they shut down and go catatonic; we suggest that they go to sleep," Seymour said.

But Seymour is most excited about the clues that the eyes of jellyfish, which have no brain and only a basic nervous system, could provide into the workings of more complex eyes.

"The simpler system the easier it is to understand, once you've got an understanding then you relay that on up the line," he said.

Read More...

Jadual Pasang-surut KK Bulan Jun


*Harap maaf tarikh tu tertinggal pasangan nombornya...boleh paham juga bah kan...saya tersilap scan,suree...

Read More...

Ribut Tropika Fengshen menghala selatan China



NASIHAT LEKUKAN TROPIKA
Di keluarkan pada 7.30 pagi 24/06/2008

Ribut Tropika Fengshen telah dikesan berada di kedudukan Latitud 18.5°U dan Longitud 116.3°T, kira-kira 589 km ke Baratdaya Kaohsiung, Taiwan pada jam 02:00 pagi, 24 Jun 2008 dan telah bergerak ke arah Baratlaut dengan kelajuan 13 kmsj.
Taufan ini berada kira-kira 655 km ke Baratlaut Manila dan 1399 km ke arah Utara Kota Kinabalu, Sabah.

TROPICAL DEPRESSION ADVISORY
Issued at 7:30 am 24/06/2008

TROPICAL STORM ADVISORY Issued at 10:00 pm 23/06/2008 Tropical Storm Fengshen was observed at Latitude 18.5°N and Longitude 116.3°E, approximately 589 km southwest of Kaohsiung,Taiwan at 02:00 Am, 24 June 2008, and has tracked northwestward at 13 kmph.
This typhoon is located approximately 655 km northwest of Manila and 1399 km north of Kota Kinabalu, Sabah.


Name: Typhoon FENGSHEN (07W)
Date: 06-23-08
Updated: 7:56 AM (23:56 GMT)

... 17/1800Z TropDis
001 18/1200Z TropDep
002 18/1800Z TropStm
003 19/0000Z TropStm
004 19/0600Z TropStm
005 19/1200Z TropStm
006 19/1800Z Typhoon
007 20/0000Z Typhoon
008 20/0600Z Typhoon
009 20/1200Z Typhoon
010 20/1800Z Typhoon
011 21/0000Z Typhoon
012 21/0600Z Typhoon
013 21/1200Z Typhoon
014 21/1800Z Typhoon
015 22/0000Z Typhoon
016 22/0600Z Typhoon
017 22/1200Z Typhoon
018 22/1800Z Typhoon

Perhatikan susur kejadian Taufan Fengshen di atas, bermula dengan TropDis(Gangguan tropika) pada jam 2 pagi 18Jun menjadi TropDep(Lekukan tropika) pada 8 malam 18Jun dan TropStm(Ribut tropika pada 2 pagi 19Jun dan akhirnya menjadi Typhoon(Taufan) pada 2 pagi 20Jun.Kekal di peringkat taufan dari 20-23Jun atau 3 hari lebih..sehingga sekarang.Tempiasnya dapat dirasai dengan beberapa siri angin kencang yang melanda Sabah...bayangkan kalau melimpas betul-betul di atas Sabah...huuuu...

Sumber dari : JTWC Tropical Cyclone Warning Log

Read More...