Sang Dracula tunjuk ketangkasan
Siakap merah atau mangrove jack terkenal dengan sambaran kilat,mampu mengarankan si pemancing yang tidak ready.
Spesies ini mampu membesar sehingga 1kg dalam masa 9 bulan pertama tapi tumbesarannya perlahan selepas itu.
Hobinya memang suka melarikan umpan ke celah reba.Pemancing perlu bersedia menghadapi kes sangkut ataupun rabut.
Pemangsa ini juga lazimnya tidak cerewet dengan umpan yang dihidangkan tidak kira hidup mahupun mati.
Yang pernah menumpaskannya pasti tahu kelazatan isinya dan harganya jika masih hidup menjangkau Rm18.00 sekilo.
Barisan giginya yang tajam membuatkan komuniti Bajau Sabah menggelarnya 'Pengeket' yang bermaksud 'penggigit'.



0 comments:
Post a Comment