30 June 2008

Jadual Pasang-surut Bulan Julai Perairan KK

Trend bulan Julai menyaksikan paras air lebih dalam pada kebanyakan siang hari dan surut pada kebanyakan malam.Selamat memancing.

Read More...

Hasil pancingan jadi rebutan warga Putatan

Ikan-ikan segar tanpa bahan pengawet didatangkan khas dari Takat Jepun yang terletak pada bearing 360 dari Port KK habis disapu pelanggan dalam 2 jam sahaja.Anggaran nilai urusniaga yang melibatkan hasil pancingan laut dalam sahaja sekitar RM3000.00.Spesies seperti keratang, aji-aj, kerisi bali, lausu, tenggiri dan pisang-pisang menjadi tumpuan semua pelanggan yang majoritinya merupakan warga Putatan.
Dengan harga minyak yang tinggi,kos untuk melayan spesies laut lepas pasti membuatkan si pemancing berfikir 2-3 kali bagi merealisasikan anganan suatu pertarungan yang tepu debaran.Namun jika sukses,segala pengorbanan,pelaburan dan pertaruhan pasti berbaloi dan tidak sesia.
Saudara Awang Ibrahim dan kawan-kawannya masing-masing meraih ratusan ringgit, sudah pasti modal dapat tercover,lebihan kepala agung sudah tentunya bakal dijadikan suntikan untuk trip akan datang.Lihat jadual trip di bawah posting ini.













Trip akan datang.
Hubungi saudara matnelayan 0198806994,segera sebelum terlambat.

1. 1-2/07/2008 Kapal Abang Ghani-Takat Serjali
2. 4-7/07/2008 Kapal Abang Ghani-Mantanani
3. 18-20/07/2008 Kapal Jack-TAkat Serjali

Read More...

Badushunter of Beringgis and Bandau

Ipen, now it seems that he never get any more 'kumpau'. "dekau jo pen tekole' ku",he said in Bajau which translates 'only one I managed to catch'.


Meanwhile, somewhere in Kota Marudu, our fellow angler named Ming also got some catches to report.Armed with BERKLEY POWERBAIT soft plastic 3" gulp,he showed to us his ability to trick those snakeheads.


Catch and release!

Read More...

26 June 2008

Fishfinder terbaru dari Humminbird

Oh...ikan mana mau tapuk haaa? (tapuk=sembunyi)
Kesukaran mengenalpasti struktur dasar menggunakan fishfinder tradisional kini boleh diatasi dengan teknologi terbaru dari Humminbird.

Dengan fishfinder yang ada sekarang,silap-silap telimpas itu takat.Susahlah mo pok.







Unit Imbasan Sisi Humminbird
Spesifikasi :
-Menggunakan fungsi imbasan sisi - mampu mengimbas sehingga 150 kaki dari tepi bot
-Menggunakan fungsi imbasan bawah - sehingga 1500 kaki (3000 kaki dengan transducer tambahan)

Kelebihan berbanding fishfinder tradisional
-mengimbas ikan,kontur,struktur sehingga 240 kaki dari kedua-dua bahagian tepi bot

Imej paus humpback yang diambil oleh seorang pemancing dari Alaska

Imej kapal layar yang karam di sebuah teluk


Berapalah harganya tukar duit Malaysia?
Web rasmi : Humminbird

Read More...

Thomas Stroker rod in K.K

JD ARTAC is the specialist in Fishing tackles with over 40 years of freshwater and deep sea angling experience. Giving personal attention and professional advice to all anglers is Mr. Thomas Lee, the founder of JD ARTAC who fished widely in seas of Asean countries.

The true facts are numerous landings of personal records of Marlin over 200 lb, Sailfish over 100 lb, Yellowfin over 180 lb, Sharks over 440 lb and many other smaller predators like Barracuda, Wahoo, Spanish Mackerel and Dorado all over 60 lb

Official Site : www.jdartac.com

For anglers in KK or Sabah who wish to own this superb fishing rod,be the first to contact Mr. Wan Ruslim Ismail.

Further details :
Agent name : Mr. Wan Ruslim Ismail
Nick at Malaysian Fishing Forum : bwan
Address : Taman Orked, Kota Kinabalu
Contact number : 019-8516009
e-mail: ruslim@streamyx.com

Below: Some photos at bwan's party after he won 2nd place at Labuan IGFA Big Game Fishing Tournament 2008

Thomas Stroker rods for sale

Read More...

Jalak enggan mogok saat Sabahan kecoh mogok palsu

Seawal jam 1.00 tengahari yang membakar kulit...kereta besar, kecik, panjang, lebar, baru, bertagar, mimik depan, motosikal, bas, malahan yang naik basikal membawa gelen dilihat mula berbaris di stesen-stesen minyak untuk mendapatkan minyak sebelum kunun-kununnya bermula esok 25hb Jun 2008 STESEN MINYAK MOGOK ENGGAN JUAL MINYAK....

Ada yang kata 2 hari, ada yang kata 2 minggu bahkan ada yang sampai mau bertumbuk mempertahankan jumlah hari mogok adalah 20 hari.Sedihlah kalau betul macam tu...

....[perbualan telefon suami-isteri semasa sedang kecoh]
Si bininya : Yang...yang...ko di mana?...semua urang klangkabut beli minyak suda ni...pigi la beli cepat...sekarang!...bisuk derang stesen minyak tia jual...mogok durang

Si lakinya : Ahhh...Tiada tu...tiada...itu khabar angin saja tu...tapi kalau betul tutup,baguslah tu...cuti kita...tia payah datang kerja...abis kereta tiada minyak mau isi

Si bininya : iiiih,bah...itu saja...teda kredit suda ni...bye...tut..kiok...

Peristiwa amaran tsunami palsu yang pernah menggemparkan rakyat Sabah suatu ketika dulu nampaknya sudah dilupai....

..tidak menghairankan ketika itu tsunami dahsyat baru sahaja berlaku,sebab siapalah yang tidak takut mati kan..

..tapi dalam hal minyak pun sama kesannya...bila naik harga minyak...kita terbayang...akan mati juga...walau mungkin tidak serta merta tapi secara perlahan-lahan....aduh...belum mati jasad dah mati akal.

Tapi rupa-rupanya dalam keributan tersebut, anggota SWAT yang bernickname ming2elly sempat mencuri peluang mencipta rekod baru dalam arena Jalaknya.

Beraksi di tempat sendiri Kota Marudu,beliau berhasil menempa rekod peribadi beliau yang baru, 1.75 kg!



Ops, bukan satu saja,ada yang kedua....1.3 kg...


Ming adalah bekas anak murid sifu bwan semasa beliau di SMK Arshad satu ketika dulu.Sekarang sudah bekerja dan merupakan rakan secompany dengan Jeraganz.
Ipen_squid yang semakin menjadi dengan jalak-jalaknya mendapat bimbingan dari ming yang suka berkongsi ilmu...

Syabas ming.Nasib baiklah jalak tu enggan MOGOK.

Read More...

25 June 2008

Sang Dracula tunjuk ketangkasan

Siakap merah atau mangrove jack terkenal dengan sambaran kilat,mampu mengarankan si pemancing yang tidak ready.

Spesies ini mampu membesar sehingga 1kg dalam masa 9 bulan pertama tapi tumbesarannya perlahan selepas itu.

Hobinya memang suka melarikan umpan ke celah reba.Pemancing perlu bersedia menghadapi kes sangkut ataupun rabut.

Pemangsa ini juga lazimnya tidak cerewet dengan umpan yang dihidangkan tidak kira hidup mahupun mati.

Yang pernah menumpaskannya pasti tahu kelazatan isinya dan harganya jika masih hidup menjangkau Rm18.00 sekilo.

Barisan giginya yang tajam membuatkan komuniti Bajau Sabah menggelarnya 'Pengeket' yang bermaksud 'penggigit'.









Read More...

Update tempahan baju

Senarai individu/orang perorangan yang telah membuat tempahan :

1)ipen
lengan panjang + hood
saiz M

2)dewagila
Lengan Panjang + Hood
sais M or L

3)paduka
2 helai lengan panjang + hood
saiz XXXXL (4XL)

4)volvos
legan panjang + hood
sais XXL

5)ming2elly
lengan pendek
L

6)monumar
lengan panjang+hood
L

7)Tombiruo
lengan panjang + hood ( 1 helai )
Saiz : L

8)Burned Steel
Lengan Pendek
saiz
M

9)dinsteel
lengan pendek
size XXL 2 pasang

10)adi rexton 2
lengan pendek 1
lengan panjang + hood 1
size xxxl

11)kacikuci
Design : Short sleeve 1 helai
Saiz : XXL

kacikuci
Design : Long sleeve + hood 1 helai
Saiz : XXL

12)Nick pada baju:ley
Saiz:xxL
Bil:1
lengan panjang+hood


13)bedukang
Saiz:xxL
Bil:1
lengan pendek

14)nick:sapporo
saiz:L
jenis:lengan pendek
bil:1

15)nick:comel
saiz:XL
jenis:Lengan pendek
bil:1

16)nick : Azmer
saiz: XL
Jenis: Lengan pendek 1 helai,
Lengan panjang 1 helai

17)nick : antoy
saiz : XXL
lengan pendek tanpa hood

Read More...

24 June 2008

Obor-obor ada mata !


Photo by Anders Garm

Saya ada tertonton dalam Discovery Channel tempoh hari pasal Jellyfish atau obor-obor.Selama ini saya sangkakan makhluk ni tidak mempunyai mata.Salah!.Penemuan terbaru mengesahkan obor-obor memang ada mata.Malah spesies seperti yang di atas ini mempunyai 24 biji mata.
Dalam TV Discovery tersebut, satu experimen dijalankan di mana sebatang rod di letak dalam sebuah akuarium bersama-sama dengan obor-obor.Bila diletak rod berwarna putih,obor-obor tersebut segera menerkam objek tersebut,disangkanya isi ikan.Bila rod berwarna hitam pula,obor-obor itu seolah-olah tidak mempedulikannya langsung dan berbeza pula bila rod berwarna merah,dengan riaksi seolah-olah terancam,obor-obor itu menjauhkan dirinya sejauh yang boleh.Jadi awas ya, jika terserempak dengan obor-obor.Yang berbadan hitam okayla...yang badan putih ni haa...silap haribulan kena buru oleh si agar-agar ni.Be careful.Extra precautious please dealing with this deadly sea creature...

Artikel dari Discovery
Box Jellyfish's Many Eyes See Contrast
By Claudine Ryan, ABC Science Online

Box jellyfish might have 24 eyes but new research says they only use a few of them to avoid collisions.

Researchers say an Australian box jellyfish Chiropsella bronzie uses these eyes to help navigate around the seabed by detecting contrasts in light intensity.

Anders Garm, from Lund University in Sweden, compared the jellyfish with another box jellyfish, Tripedalia cystophora, a native of Caribbean waters.

The research, presented at the Society of Experimental Biology's conference in Glasgow at the weekend, found that T. cystophora is better at avoiding obstacles than its Australian relative, a good thing given the Puerto Rican's mangrove habitat has more snags.

Each jellyfish has two sets of camera-type eyes with fish-like lenses, called the upper and lower lens eyes.

The researchers say the lower lenses help them avoid obstacles, after observing the animals didn't respond to objects above the water's surface.

They say the lower lenses can pick up changes in light intensity, and the greater this so-called intensity contrast, the better the jellyfish is at avoiding objects.

"Contrast is important because without contrast the object cannot be detected by any eye," Garm said. "Obstacle avoidance is governed by intensity contrast which fits with our other data which strongly suggest that the jellyfish are, in fact, colour blind."

C. bronzie is the less-harmful relative of the deadly Australian box jellyfish Chironex fleckeri.

Jamie Seymour, director of the Tropical Australian Stinger Research Unit at James Cook University in Queensland, said when the sun goes down the box jellyfish stop operating.

"For T. cystophora once the sun disappears or the light shaft disappears the animal sinks to the bottom, for C. bronzie we're not too sure and for C. fleckeri the data suggests that they shut down and go catatonic; we suggest that they go to sleep," Seymour said.

But Seymour is most excited about the clues that the eyes of jellyfish, which have no brain and only a basic nervous system, could provide into the workings of more complex eyes.

"The simpler system the easier it is to understand, once you've got an understanding then you relay that on up the line," he said.

Read More...

Jadual Pasang-surut KK Bulan Jun


*Harap maaf tarikh tu tertinggal pasangan nombornya...boleh paham juga bah kan...saya tersilap scan,suree...

Read More...

Ribut Tropika Fengshen menghala selatan China



NASIHAT LEKUKAN TROPIKA
Di keluarkan pada 7.30 pagi 24/06/2008

Ribut Tropika Fengshen telah dikesan berada di kedudukan Latitud 18.5°U dan Longitud 116.3°T, kira-kira 589 km ke Baratdaya Kaohsiung, Taiwan pada jam 02:00 pagi, 24 Jun 2008 dan telah bergerak ke arah Baratlaut dengan kelajuan 13 kmsj.
Taufan ini berada kira-kira 655 km ke Baratlaut Manila dan 1399 km ke arah Utara Kota Kinabalu, Sabah.

TROPICAL DEPRESSION ADVISORY
Issued at 7:30 am 24/06/2008

TROPICAL STORM ADVISORY Issued at 10:00 pm 23/06/2008 Tropical Storm Fengshen was observed at Latitude 18.5°N and Longitude 116.3°E, approximately 589 km southwest of Kaohsiung,Taiwan at 02:00 Am, 24 June 2008, and has tracked northwestward at 13 kmph.
This typhoon is located approximately 655 km northwest of Manila and 1399 km north of Kota Kinabalu, Sabah.


Name: Typhoon FENGSHEN (07W)
Date: 06-23-08
Updated: 7:56 AM (23:56 GMT)

... 17/1800Z TropDis
001 18/1200Z TropDep
002 18/1800Z TropStm
003 19/0000Z TropStm
004 19/0600Z TropStm
005 19/1200Z TropStm
006 19/1800Z Typhoon
007 20/0000Z Typhoon
008 20/0600Z Typhoon
009 20/1200Z Typhoon
010 20/1800Z Typhoon
011 21/0000Z Typhoon
012 21/0600Z Typhoon
013 21/1200Z Typhoon
014 21/1800Z Typhoon
015 22/0000Z Typhoon
016 22/0600Z Typhoon
017 22/1200Z Typhoon
018 22/1800Z Typhoon

Perhatikan susur kejadian Taufan Fengshen di atas, bermula dengan TropDis(Gangguan tropika) pada jam 2 pagi 18Jun menjadi TropDep(Lekukan tropika) pada 8 malam 18Jun dan TropStm(Ribut tropika pada 2 pagi 19Jun dan akhirnya menjadi Typhoon(Taufan) pada 2 pagi 20Jun.Kekal di peringkat taufan dari 20-23Jun atau 3 hari lebih..sehingga sekarang.Tempiasnya dapat dirasai dengan beberapa siri angin kencang yang melanda Sabah...bayangkan kalau melimpas betul-betul di atas Sabah...huuuu...

Sumber dari : JTWC Tropical Cyclone Warning Log

Read More...

Jalak si ipen yang posing lawa


Pada pagi 23 Jun,Ipen_squid yang terkenal dengan trip pada hari Isnin, the MondayMan la ni..ooo...cuti tetap hari isnin yerrr...okay la tu,orang lain pi keja,you hentam pi check lubuk yang bebas manusia...ngam!

Beliau berguru dengan ming2elly dan tidak sesia kerana selepas 30minit sudah membuahkan hasil.Tambahan pula reel baru beb..lesen baru untuk reel baru.Tahniah!

menurutnya lagi walaupun kecil,tapi memang fight memuaskan kerana pertarungan berlaku di tempat terbuka,trek larian lebih luaslah maknanya tu... pakai kamera biasa2 jak... nikon L16... hehehehehe...

Tapi yang best tengok,picturenya orang putih kata 'awesome' very nice indeed and a bit scary...looks like jalak jurassic la pula...ops tersasul speaking sowi..
Anyway the pic was taken with Nikon L16,he said.
Bravo yo Ipen..nice catch nice pic.

Nikon L16...

Read More...

22 June 2008

Taktik terbaru si penipu mensasarkan pemancing alpa

Surat oleh Editor Pancing, En Faiz Karim.Harap maklum.
NOTIS: Dunia Pemancing Malaysia Kecil, kepada para penipu, berhati-hati!

Baru-baru ini terdapat berita bahawa ada wakil daripada Majalah Pancing dengan surat palsu (dengan tandatangan palsu) daripada editor majalah tersebut datang untuk meminta sumbangan (sponsorship) dalam bentuk barangan pancing untuk trip memancing beliau. Bedebah ini, yang menamakan diri sendiri sebagai Wan, kurus, tinggi dan berkulit gelap juga dilengkapi dengan kamera berteknologi tinggi, berjanji akan menulis artikel untuk Majalah Pancing dan akan memasukkan sekali nama kedai tersebut. Dia juga mempunyai banyak pengetahuan dalam barangan pancing terutamanya barangan Shimano. Satu kes terjadi ialah kepada empunya Kedai Pancing Joran Bagus (Joran Bagus Tackle Shop) di Kota Tinggi Johor, En. Azmi yang hilang barangan pancing sebanyak RM 4000 kepada bedebah ini.

Dalam cerita lain wartawan kami Adlizam Yasin menerima tawaran Abu Revo Inshore yang sangat murah daripada seseorang dari Johor Bahru yang juga dikenali sebagai Wan, yang mengatakan beliau kata barang tersebut adalah daripada kelab yang baru ditutup milik beliau. Beliau juga mengatakan beliau bekerja sebagai Jurutera Shimano di Singapura. Setelah siasatan dijalankan, Shimano Singapura hanya mempunyai bahagian jualan dan tiada melayu yang bekerja disana. Oleh itu, ketulenan Revo itu juga diragui.

Satu lagi kejadian yg berlaku di Kenyir pengusaha rumah bot hijau yang terkenal tekong Ibrahim. Seseorang yg menyatakan dirinya daripada Majalah Pancing meminta satu sesi memancing percuma ataupun sesi memancing dengan potongan harga. Modus operandi masih sama iaitu berjanji untuk menulis rencana tentang sesi memancing bersama pengusaha bot didalam majalah Pancing. Selepas habis sessi memancing, orang ini didapati hilang tanpa dapat dikesan.

Saya tidak nafikan masih terdapat banyak kes seperti ini berlaku sebelum ini, yang tidak dilaporkan kepada kami.

Kami hanya membenarkan penulis sambilan yang disenaraikan sebagai wakil kami iaitu Pok Mud (Tahizam Abdul Karim, Selangor), Ariffin Ramli (Johor), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bodol (Serawak), Raccos (Mohd Norsham Hashim, Selangor), Ali Marzuki (Selangor), dan Abu Syahrani Bujang (Serawak). Segala sumbangan untuk nama-nama yang tertera di atas mesti melalui pejabat Majalah Pancing dan tidak terus kepada mereka.

Oleh itu, kepada semua kedai pancing dan pengedar barangan pancing, tekong & operator, hotel, chalet, kolam memancing, tolonglah lebih berhati-hati. Setiap kali ada orang yang mengaku datang daripada Majalah Pancing, pastikan dia boleh memberi bukti sah seperti kad nama atau surat rasmi sah daripada Pancing, Life Publishers Berhad atau jika masih ragu-ragu, sila telefon saya di 012.3911.787 atau email faiz_karim75@hotmail.com untuk pengesahan.

Terima kasih diatas kerjasama semua.

Faiz Karim

-------------

NOTICE:

Malaysian Angling World is Small, to the frauds, be carefull!

Recently there was a fraud Pancing's representative with fake letter (with fake signature) from the Editor of the magazine asking for sponsorship in term of fishing tackles for his fishing trip. This culprit, known name as Wan, is skinny, tall and dark skin was also equipped with sophisticated camera, promised to write article for Pancing magazine and also would include the tackle shop name as well. He is also sound known very well about the tackle industry dan fishing tackles especially Shimano products. One case happened to the owner of Joran Bagus Tackle Shop in Kota Tinggi Johore, En. Azmi that lost fishing equipment worth RM 4000 plus to this person.

On the other hand my reporter Adlizam Yasin had been offered a very cheap Abu Revo Inshore from a guy from JB also named Wan, who claimed that the item was belong to his recently closed fishing club. He claimed he worked as Shimano Engineer in Singapore. When further investigated by us, Shimano Singapore only handles sales and no Malay worked there. Therefore we also doubt of the originality of the Revo.

Another case happened in Kenyir to the Green Boat House handled by the famous tekong Ibrahim. A person claimed from Pancing Magazine asking for free or discount fishing trip. Modus of operandi still the same, a promise to write article for Pancing. After the trip, news about the person was good as gone.

I'm afraid there are more cases happened before, which never been reported to us.

We only allowed our part time writers as listed to be our representatives that are Pok Mud (Tamizam Abdul Karim, Selangor), Arifin Ramli (Johore), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bogol (Sarawak), raccos (Mohd. Norsham Hashim, Selangor), Ali Marzuki (Selangor) and Abu Syahrani Bujang (Sarawak). Any sponsorship for these said name must go through Pancing's office not directly to them.

So, for all tackles distributors, tackle shops, fishing operators, hotels, chalets, fishing ponds, fishing charters, please be inform and be extra careful. Each time any person claims come from Pancing Magazine, make sure he can produce genuine name card or letter from Pancing, Life Publishers Berhad or if still doubt, call me on my HP 012-3911 787 or email faiz_karim75@hotmail.com for further confirmation.

Thanks for your cooperation.

Faiz Karim

Read More...

Aksi pertama Si Mayong sebagai suami



Selamat Bergelar Suami kepada Saudara Yazid (Mayong) yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 1hb Jun 2008 yang lepas bertempat di,

D'Anjung Inn
Batu 16 Jalan Muar
Kampung Anjung Batu
84900 Tangkak
Johor

Kita ikuti laporan aksi pertama beliau setelah berkahwin...

Laporan asal oleh Mayong......
Salam semua warga SWAT...
akhirnya petang tadi saya dapat jugak mancing
setelah hampir sebulan gantung joran...
tapi tak la jauh jauh pun... di siring siring saja bah..
Itupun dipantau oleh KDN yg turut serta kat situ..

Tadaaaa... ini dia...

Ikan Semprideng sebagai opening act..


Inai di jari masih ada tuu..


Ini lah hasilnya... Belukang dgn Semprideng..


Jadik laaa...
mancing lepas gian...
Hihihihi...

Tengkiu pada kawan-kawan yg bagi semangat...
Tengkiu jugak pada KDN saya kerana memahami hobiku yg murni ni
Hehehehehehehe...

Read More...

20 June 2008

NASIHAT LEKUKAN TROPIKA Di keluarkan pada 11.30 pagi 20/06/2008

Taufan Fengshen telah dikesan berada di kedudukan 11.3°U, 126.2°T, pada jam 11:00 pagi, 20 Jun 2008 dan telah bergerak ke arah barat-baratlaut dengan kelajuan 22 kmsj. Taufan ini berada kira-kira 1078 km ke timur-timurlaut Sandakan dan 1139 ke timur-timurlaut Kudat, Sabah.


Dikeluarkan pada pukul 12.10 petang 20 Jun 2008
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA
Angin kencang dari arah baratdaya dengan kelajuan 40-50 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Laut China Selatan tengah (Reef North dan Terumbu Layang-layang) dan Sabah dan angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 40-50 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Phuket dan Samui dijangka bermula pada Ahad, 22 Jun 2008 hingga Rabu, 25 Jun 2008

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

2) AMARAN RIBUT PETIR (Kemaskini)

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah dan Sarawak dijangka akan berterusan sehingga petang, Jumaat, 20 Jun 2008.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Read More...

19 June 2008

MISTERI MARLBORO KOREA - Part Akhir

Oleh Kacikuci

Sebenarnya, pada malam itu, suasana tenang dan sunyi telah dipecahkan dengan bunyi seakan-akan suara anak harimau mengaum...Cari punya cari, akhirnya ketemu juga punca bunyi tersebut....Wah...rupanya bunyi dengkuran dari seorang yang tidak perlulah didedahkan disini...Yang pastinya dengkuran itu bukan dari hero-hero utama cerita ini....Punyalah kuat berdengkur, patutlah ikan lari....Kalau dirakam dan dijadikan ringtone, memang laku...

Malam itu, semuanya tertidor termasuklah juragannya sekali...Bila saya terjaga, rupanya aktiviti memancing di belakang bot oleh Zek membuahkan hasil dengan beberapa ekor ketambak...

Zek dengan teknik memegang ikan secara terbalik...


Saya yang marahkan diri kerana terlajak tidur terus mencampakkan umpan ke air...Tak sampai 5 minit, umpan saya mengena...Getuannya nampak macam dahsyat, tapi hakikatnya, seekor ketambak cilik yang muncul...


Joran PE 5 tak melengkung langsung bila menerima tentangan ketambak kecil

Muncung siapa lagi hebat? Muncungmu atau muncungku?


Orang lain macamana? Orang lain kumpau le, kerana tidak hisap rokok Marlboro Korea...Hahahaa....

Uncle Dion? Shah Jerangkung?

Rupanya hari itu, lengkaplah sudah perancangan Uncle Dion untuk merampas tampuk pemerintahan bot dari Juragan Oyong. Cuma menanti masa....

Tekong membawa kami beralih takat tetapi hasilnya tetap sama...Selain daripada Zek yang menaikkan seekor pari selepas itu, yang lain-lainnya sudah boleh dicop kumpau melainkan hero kesayangan anda iaitu saya kerana saya hisap rokok Malboro Korea...

Di waktu semua merenung kegagalan masing-masing, Uncle Dion dengan dibantu oleh Shah Jerangkung terus melancarkan rampasan kuasa...

Saat rampasan kuasa bermula...Uncle Dion sedang menuju kokpit tanpa disedari oleh AdyTrex yang leka melihat jorannya yang keras lurus tanpa ada getuan ikan.

Walaupun Raja SMS Sapporo berada di dalam kokpit ketika itu, oleh kerana kelekaannya bermain SMS, Uncle Dion dengan mudah merampas kuasa pemerintahan bot.. Tanpa ada pertumpahan darah, Juragan Oyong dilucutkan jawatan dan dihalau keluar dari pusat pemerintahan bot...Memang zalim Uncle Dion ini...Raja SMS Sapporo turut dihalau dari kokpit...Sambil keluar dari kokpit, jari jemari Raja SMS Sapporo masih menekan butang-butang pada pad handphonenya..


Uncle Dion setelah merampas kuasa. Habis semua dihalau dari bilik kekuasaan bot...Nampak imej Juragan Oyong di luar kokpit merayu supaya Uncle Dion bertaubat...

Wajah kejam seorang perampas kuasa


Uncle Dion sungguh gembira..Kuasa sudah berada dalam tangannya...Kalau dia keluar kokpit, pembantunya Shah Jerangkung yang memerintah...Semasa Shah Jerangkung memangku jawatan nakhoda, keraplah terdengar suara Awie dan Mus May dari handphone yang sengaja dipasang kuat di dalam kokpit...


Shah Jerangkung sedang memerintah sambil diiringi lagu-lagu rock kapak


Tersentak dengan kejadian tersebut, hero-hero segera berkumpul...Sebulat suara dicapai, kuasa Marlboro Korea mesti disatukan...Tanpa bertangguh lagi kami semua menghisap rokok tersebut dan menyedut auranya dalam-dalam...Setelah yakin semua aura telah disedut, kami semua segera melancarkan serangan balas kecuali Halim Ganu yang masih duduk di tempatnya semalam...Aksi-aksi berdarah yang tidak sesuai dipertontonkan di sini berlaku...hasilnya....Uncle Dion tewas! Shah Jerangkung pula telah dihukum buang daerah ke Kuala Lumpur berkuatkuasa Julai ini....Juragan Oyong kembali berkuasa!


Uncle Dion (bertopi) terkorban dalam pertempuran. Turut terkorban, Masron dan seorang awak-awak yang namanya Oyong juga..

Saya sebagai hero berjaya memulihkan Halim Ganu dari dihantui Uncle Dion

Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Tragedi rampasan kuasa menjadi pewarna kepada trip kumpau ini.

Sebahagian hasil kami.

Kira-kira jam 2 petang, kami selamat tiba di Lahad Datu...


Sekian sajalah cerita Misteri Marlboro Korea...Terima kasih kerana menonton....

Misteri Marlboro Korea
Part - 1
Part - 2
Part - 3
Part - Akhir

Read More...