MISTERI MARLBORO KOREA - Part 3
Oleh Kacikuci
Tanpa kami duga, rupa-rupanya ikan yang kami perolehi tu rupanya ikan yang lewat balik dari sekolah. Ikan-ikan lain semua sudah balik rumah, mandi dan duduk di hadapan TV sambil menonton Ultraman Dyna.
Atau betulkah ikan tiada? Kalau tiada ikan, macamana saya & Zek dapat menaikkan ikan? Kenapa kami berdua sajer yang dapat ikan petang itu?
Jawapannya ialah.....Marlboro Korea! Ye... orang lain yang tak hisap Marlboro Korea telah kumpau pada petang itu... Antara muka kumpau yang kecewa kerana menolak pelawaan menghisap rokok Marlboro Korea
Mungkin menyedari khasiat dan keajaibannya, Raja SMS Sapporo yang pada mulanya kecewa terus mencapai sebatang rokok Marlboro Korea yang sengaja dihidangkan di tengah buritan bot..Sambil menunggu umpannya dipatuk ikan, Sapporo terus berSMS dengan siapa ntah...Tiba-tiba jorannya yang ada tanda amaran Kilat melentik...Ada ikan menyambar...
WahWah...yang lain memberikan sokongan kepada Raja SMS...Akhirnya Sapporo menang....Hasilnya...jeng jeng jeng...Raja SMS menutup [/maroon] muka setelah malu dipermainkan oleh kerapu sekolah rendah
Malam semakin menjelma. Sedang kami leka menanti kutisan dari ikan, Uncle Dion sengaja menghilangkan diri dengan Shah Jerangkung supaya tidak kelihatan. Kehadiran mereka berdua memang macam biskut, sekejap je ada tapi lebih banyak tak ada...Nyata ada komplot kejahatan yang dirancang...
Sementara itu, aksi di belakang diteruskan oleh Zek dengan seekor kaci.Zek dan kacinya.
Akhirnya, kumpau sepenuh kumpau mula melanda. Juragan Oyong mengesyorkan supaya berpindah takat. Dengan tentangan minima dari pemancing, Juragan Oyong pun memandu botnya ke takat yg lain. Sambil menanti nak sampai ke takat, Ady Trex telah menukarkan dirinya menjadi seorang Chef! Chef Ady Trex sedang memasak kari ikan aya...Kari yang memang kaw punya...
Sambil memasak, Chef Ady sempat lagi berleter kepada hero pujaan ramai iaitu saya la kerana salah beli lada..Apa nak buat, terima aje la leteran tu...kalau tak, Chef tak masak pulak nanti...
Setelah menikmati makan malam, aksi diteruskan...tetapi cuma seketika...Hujan lebat mulai turun menyebabkan kami segera menyorokkan diri di dalam bot...
Lama jugak hujan turun, dan apabila hujan berhenti, pemburuan disambung semula...tetapi malang, tiada sebarang getuan diterima...sehinggalah kegelapan menyebabkan kami tertidur....
Sambung lagi la ye...
Misteri Marlboro Korea
Part - 1
Part - 2
Part - 3
Part - Akhir
0 comments:
Post a Comment