22 June 2008

Taktik terbaru si penipu mensasarkan pemancing alpa

Surat oleh Editor Pancing, En Faiz Karim.Harap maklum.
NOTIS: Dunia Pemancing Malaysia Kecil, kepada para penipu, berhati-hati!

Baru-baru ini terdapat berita bahawa ada wakil daripada Majalah Pancing dengan surat palsu (dengan tandatangan palsu) daripada editor majalah tersebut datang untuk meminta sumbangan (sponsorship) dalam bentuk barangan pancing untuk trip memancing beliau. Bedebah ini, yang menamakan diri sendiri sebagai Wan, kurus, tinggi dan berkulit gelap juga dilengkapi dengan kamera berteknologi tinggi, berjanji akan menulis artikel untuk Majalah Pancing dan akan memasukkan sekali nama kedai tersebut. Dia juga mempunyai banyak pengetahuan dalam barangan pancing terutamanya barangan Shimano. Satu kes terjadi ialah kepada empunya Kedai Pancing Joran Bagus (Joran Bagus Tackle Shop) di Kota Tinggi Johor, En. Azmi yang hilang barangan pancing sebanyak RM 4000 kepada bedebah ini.

Dalam cerita lain wartawan kami Adlizam Yasin menerima tawaran Abu Revo Inshore yang sangat murah daripada seseorang dari Johor Bahru yang juga dikenali sebagai Wan, yang mengatakan beliau kata barang tersebut adalah daripada kelab yang baru ditutup milik beliau. Beliau juga mengatakan beliau bekerja sebagai Jurutera Shimano di Singapura. Setelah siasatan dijalankan, Shimano Singapura hanya mempunyai bahagian jualan dan tiada melayu yang bekerja disana. Oleh itu, ketulenan Revo itu juga diragui.

Satu lagi kejadian yg berlaku di Kenyir pengusaha rumah bot hijau yang terkenal tekong Ibrahim. Seseorang yg menyatakan dirinya daripada Majalah Pancing meminta satu sesi memancing percuma ataupun sesi memancing dengan potongan harga. Modus operandi masih sama iaitu berjanji untuk menulis rencana tentang sesi memancing bersama pengusaha bot didalam majalah Pancing. Selepas habis sessi memancing, orang ini didapati hilang tanpa dapat dikesan.

Saya tidak nafikan masih terdapat banyak kes seperti ini berlaku sebelum ini, yang tidak dilaporkan kepada kami.

Kami hanya membenarkan penulis sambilan yang disenaraikan sebagai wakil kami iaitu Pok Mud (Tahizam Abdul Karim, Selangor), Ariffin Ramli (Johor), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bodol (Serawak), Raccos (Mohd Norsham Hashim, Selangor), Ali Marzuki (Selangor), dan Abu Syahrani Bujang (Serawak). Segala sumbangan untuk nama-nama yang tertera di atas mesti melalui pejabat Majalah Pancing dan tidak terus kepada mereka.

Oleh itu, kepada semua kedai pancing dan pengedar barangan pancing, tekong & operator, hotel, chalet, kolam memancing, tolonglah lebih berhati-hati. Setiap kali ada orang yang mengaku datang daripada Majalah Pancing, pastikan dia boleh memberi bukti sah seperti kad nama atau surat rasmi sah daripada Pancing, Life Publishers Berhad atau jika masih ragu-ragu, sila telefon saya di 012.3911.787 atau email faiz_karim75@hotmail.com untuk pengesahan.

Terima kasih diatas kerjasama semua.

Faiz Karim

-------------

NOTICE:

Malaysian Angling World is Small, to the frauds, be carefull!

Recently there was a fraud Pancing's representative with fake letter (with fake signature) from the Editor of the magazine asking for sponsorship in term of fishing tackles for his fishing trip. This culprit, known name as Wan, is skinny, tall and dark skin was also equipped with sophisticated camera, promised to write article for Pancing magazine and also would include the tackle shop name as well. He is also sound known very well about the tackle industry dan fishing tackles especially Shimano products. One case happened to the owner of Joran Bagus Tackle Shop in Kota Tinggi Johore, En. Azmi that lost fishing equipment worth RM 4000 plus to this person.

On the other hand my reporter Adlizam Yasin had been offered a very cheap Abu Revo Inshore from a guy from JB also named Wan, who claimed that the item was belong to his recently closed fishing club. He claimed he worked as Shimano Engineer in Singapore. When further investigated by us, Shimano Singapore only handles sales and no Malay worked there. Therefore we also doubt of the originality of the Revo.

Another case happened in Kenyir to the Green Boat House handled by the famous tekong Ibrahim. A person claimed from Pancing Magazine asking for free or discount fishing trip. Modus of operandi still the same, a promise to write article for Pancing. After the trip, news about the person was good as gone.

I'm afraid there are more cases happened before, which never been reported to us.

We only allowed our part time writers as listed to be our representatives that are Pok Mud (Tamizam Abdul Karim, Selangor), Arifin Ramli (Johore), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bogol (Sarawak), raccos (Mohd. Norsham Hashim, Selangor), Ali Marzuki (Selangor) and Abu Syahrani Bujang (Sarawak). Any sponsorship for these said name must go through Pancing's office not directly to them.

So, for all tackles distributors, tackle shops, fishing operators, hotels, chalets, fishing ponds, fishing charters, please be inform and be extra careful. Each time any person claims come from Pancing Magazine, make sure he can produce genuine name card or letter from Pancing, Life Publishers Berhad or if still doubt, call me on my HP 012-3911 787 or email faiz_karim75@hotmail.com for further confirmation.

Thanks for your cooperation.

Faiz Karim

1 comments:

Leynux said...

Itu penipu tu kalau kenapatan tu, ngam betul digaff tu tau...!pandai pandai berani berani dia cari pasal...cis!