NASIHAT LEKUKAN TROPIKA Di keluarkan pada 11.30 pagi 20/06/2008
Taufan Fengshen telah dikesan berada di kedudukan 11.3°U, 126.2°T, pada jam 11:00 pagi, 20 Jun 2008 dan telah bergerak ke arah barat-baratlaut dengan kelajuan 22 kmsj. Taufan ini berada kira-kira 1078 km ke timur-timurlaut Sandakan dan 1139 ke timur-timurlaut Kudat, Sabah.
Dikeluarkan pada pukul 12.10 petang 20 Jun 2008
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA
Angin kencang dari arah baratdaya dengan kelajuan 40-50 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Laut China Selatan tengah (Reef North dan Terumbu Layang-layang) dan Sabah dan angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 40-50 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Phuket dan Samui dijangka bermula pada Ahad, 22 Jun 2008 hingga Rabu, 25 Jun 2008
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.
2) AMARAN RIBUT PETIR (Kemaskini)
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah dan Sarawak dijangka akan berterusan sehingga petang, Jumaat, 20 Jun 2008.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
0 comments:
Post a Comment