MISTERI MARLBORO KOREA - Part 2
Oleh Kacikuci
Trip ini dirancang untuk 2 hari 1 malam.
Perjalanan dari Lahad Datu ke takat pertama ditujui mengambil masa kurang dua jam. Saya dan kawan-kawan saya berkumpul di bahagian belakang bot sambil menikmati lagu-lagu MP3 terkini dendangan penyanyi tak dikenal dari handphone yang tuannya juga tak diketahui. Saya terus mengofferkan sekotak rokok Marlboro Korea kepada kawan-kawan saya tetapi cuma Zek yang menerima tawaran saya. Yang lain-lain tidak mau menghisap rokok Marlboro Korea kerana takut diserbu oleh Kastam & Eksais Diraja. Tiba-tiba Raja SMS Sapporo melesapkan dirinya.
Kemanakah dia?
Apakah yang akan terjadi kepada dirinya?Laaa....buat taik mata rupanya si Sapporo nie...Kalau tak tido, main SMS...
Sementara itu, Uncle Dion yang menyedari akan ketiadaan hero-hero terus menjalankan niat jahatnya iaitu merampas penguasaan bot dari Juragan Oyong. Untuk mencapai niat jahat eksklusifnya itu, dia telah cuba mempengaruhi pelakon pembantu yang lain.
Uncle Dion sedang cuba bermesra-mesra dengan Halim Ganu..Niatnya supaya Halim Ganu tidak menentang kekejaman yang akan dilakukannya.Bisikan jahat Uncle Dion berhasil kerana Halim Ganu terus jadi lemah dan tidak berganjak dari tempat duduknya itu sampailah keesokkan harinya.
Sesampainya di takat pertama yang saya tak tau namanya, terus kami memulakan pemburuan. Kami rata-rata menggunakan umpan sotong pasar.
Double hook-up! Saya dan Zek menerima sambaran hampir serentak. Saya yang bersenjatakan kekili Tica Taurus dan joran SureCatch ditentang hebat oleh si ikan tetapi ikan tewas tak sampai seminit bertarung...Ikan pertama tangkapan saya. Ady Trex kelihatan di latarbelakang bercekak pinggang kerana tak puas hati kerana umpannya tak sudi dijamah ikan.
Sementara itu si Zek pula berjaya menaikkan seekor ketambak yang saiznya lebih besar dari ikan putih saya.
xxxxxxxxxxxxxxxxMana lagi besar?
Sementara itu, Uncle Dion dan Shah Jerangkung terus memikirkan rencana mereka...
Apakah kisah seterusnya? Iklan la dulu...Penat nie...
Misteri Marlboro Korea
Part - 1
Part - 2
Part - 3
Part - Akhir
0 comments:
Post a Comment