MISTERI MARLBORO KOREA - Part Akhir
Oleh Kacikuci
Sebenarnya, pada malam itu, suasana tenang dan sunyi telah dipecahkan dengan bunyi seakan-akan suara anak harimau mengaum...Cari punya cari, akhirnya ketemu juga punca bunyi tersebut....Wah...rupanya bunyi dengkuran dari seorang yang tidak perlulah didedahkan disini...Yang pastinya dengkuran itu bukan dari hero-hero utama cerita ini....Punyalah kuat berdengkur, patutlah ikan lari....Kalau dirakam dan dijadikan ringtone, memang laku...
Malam itu, semuanya tertidor termasuklah juragannya sekali...Bila saya terjaga, rupanya aktiviti memancing di belakang bot oleh Zek membuahkan hasil dengan beberapa ekor ketambak...Zek dengan teknik memegang ikan secara terbalik...
Saya yang marahkan diri kerana terlajak tidur terus mencampakkan umpan ke air...Tak sampai 5 minit, umpan saya mengena...Getuannya nampak macam dahsyat, tapi hakikatnya, seekor ketambak cilik yang muncul...Joran PE 5 tak melengkung langsung bila menerima tentangan ketambak kecil
Muncung siapa lagi hebat? Muncungmu atau muncungku?
Orang lain macamana? Orang lain kumpau le, kerana tidak hisap rokok Marlboro Korea...Hahahaa....
Uncle Dion? Shah Jerangkung?
Rupanya hari itu, lengkaplah sudah perancangan Uncle Dion untuk merampas tampuk pemerintahan bot dari Juragan Oyong. Cuma menanti masa....
Tekong membawa kami beralih takat tetapi hasilnya tetap sama...Selain daripada Zek yang menaikkan seekor pari selepas itu, yang lain-lainnya sudah boleh dicop kumpau melainkan hero kesayangan anda iaitu saya kerana saya hisap rokok Malboro Korea...
Di waktu semua merenung kegagalan masing-masing, Uncle Dion dengan dibantu oleh Shah Jerangkung terus melancarkan rampasan kuasa...Saat rampasan kuasa bermula...Uncle Dion sedang menuju kokpit tanpa disedari oleh AdyTrex yang leka melihat jorannya yang keras lurus tanpa ada getuan ikan.
Walaupun Raja SMS Sapporo berada di dalam kokpit ketika itu, oleh kerana kelekaannya bermain SMS, Uncle Dion dengan mudah merampas kuasa pemerintahan bot.. Tanpa ada pertumpahan darah, Juragan Oyong dilucutkan jawatan dan dihalau keluar dari pusat pemerintahan bot...Memang zalim Uncle Dion ini...Raja SMS Sapporo turut dihalau dari kokpit...Sambil keluar dari kokpit, jari jemari Raja SMS Sapporo masih menekan butang-butang pada pad handphonenya..Uncle Dion setelah merampas kuasa. Habis semua dihalau dari bilik kekuasaan bot...Nampak imej Juragan Oyong di luar kokpit merayu supaya Uncle Dion bertaubat...
Wajah kejam seorang perampas kuasa
Uncle Dion sungguh gembira..Kuasa sudah berada dalam tangannya...Kalau dia keluar kokpit, pembantunya Shah Jerangkung yang memerintah...Semasa Shah Jerangkung memangku jawatan nakhoda, keraplah terdengar suara Awie dan Mus May dari handphone yang sengaja dipasang kuat di dalam kokpit...Shah Jerangkung sedang memerintah sambil diiringi lagu-lagu rock kapak
Tersentak dengan kejadian tersebut, hero-hero segera berkumpul...Sebulat suara dicapai, kuasa Marlboro Korea mesti disatukan...Tanpa bertangguh lagi kami semua menghisap rokok tersebut dan menyedut auranya dalam-dalam...Setelah yakin semua aura telah disedut, kami semua segera melancarkan serangan balas kecuali Halim Ganu yang masih duduk di tempatnya semalam...Aksi-aksi berdarah yang tidak sesuai dipertontonkan di sini berlaku...hasilnya....Uncle Dion tewas! Shah Jerangkung pula telah dihukum buang daerah ke Kuala Lumpur berkuatkuasa Julai ini....Juragan Oyong kembali berkuasa!Uncle Dion (bertopi) terkorban dalam pertempuran. Turut terkorban, Masron dan seorang awak-awak yang namanya Oyong juga..
Saya sebagai hero berjaya memulihkan Halim Ganu dari dihantui Uncle Dion
Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Tragedi rampasan kuasa menjadi pewarna kepada trip kumpau ini. Sebahagian hasil kami.
Kira-kira jam 2 petang, kami selamat tiba di Lahad Datu...
Sekian sajalah cerita Misteri Marlboro Korea...Terima kasih kerana menonton....
Misteri Marlboro Korea
Part - 1
Part - 2
Part - 3
Part - Akhir
1 comments:
Cantiklah bro! Report macam ni lah sungguh bisa racunnya,sambil teracun sambil terketawa tumpang gembira...Syabas !!
Post a Comment